Tuesday, 7 June 2022
Tuesday, 9 August 2016
10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Monday, 8 August 2016
Tuesday, 12 July 2016
ASAL USUL KAJANG
Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.
Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya,Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.
Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit-bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang.
Terdapat beberapa pendapat tentang asal usul nama Kajang:Asal usul nama Kajang
- Pendapat pertama: Dipercayai Kajang mulanya diterokai oleh orang asli dari suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.
- Pendapat kedua: Seorang pembesar di Sungai Ujong bernama Batin Berenggai Besi, pernah mendirikan beberapa pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang yang dilipat kajang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang yang dilipat kajang.
- Pendapat ketiga: Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing ialah berpondok/berteduh. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu ke Sungai Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.
- Pendapat keempat: Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sungai Merbau dan membuka lombong Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang.
- Pendapat kelima: Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.
ASAL USUL SEMENYIH
Pengenalan
Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Asal Usul Nama Semenyih
Istilah Semenyih ini tidak wujud di dalam mana-mana kamus. Ianya dikatakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan dan dikatakan berkaitan dengan sejarah masa dahulu.
Istilah Semenyih ini tidak wujud di dalam mana-mana kamus. Ianya dikatakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan dan dikatakan berkaitan dengan sejarah masa dahulu.
Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud ‘sembunyi’. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Tempat-Tempat Menarik di Semenyih
Jangan tak tahu, Semenyih ini ada banyak pusat rekreasi dan ianya terkenal di kalangan penduduk luar.
Jangan tak tahu, Semenyih ini ada banyak pusat rekreasi dan ianya terkenal di kalangan penduduk luar.
Antaranya ialah:-
- Air Terjun Sungai Tekala
- Air Terjun sungai Batangsi
- Air Terjun Sungai Gabai
- Air Terjun Sungai Lalang
- Empangan Semenyih atau Semenyih Dam
- Bukit Broga
KELEBIHAN BERSELAWAT
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahwa,"Malaikat Jibrail,Mikail,Israfil dan Izrail A.S.telah
berkata kepadaku.
Berkata Jibrail A.S.: "Wahai Rasulullah,barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.: Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu"
Berkata pula Israfil A.S .: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang ynag berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini,kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,Rasul dan para malaikat.

Monday, 11 July 2016
11 DOA YANG DIPERCEPATKAN OLEH ALLAH
1. Doa dari
para Malaikat.
2. Doa dari para nabi dan rasul.
3. Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.
4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.
5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.
6. Doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.
8. Doa dari orang yang berpuasa.
9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10. Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syara'.

10 DOSA BESAR : Imam Al Ghazali
1- Syarah At-Ta’am-Suka
makan dengan banyak.
2- Syarah Al-Kalam-Suka
bercakap banyak tanpa faedah atau sia-sia.
3- Ghadhab-Sangat
pemarah dan terlalu cepat naik darah.
4- Hasad-Suka berhasad
dengki kepada manusia.
5-Bakhil-Kedekut atau
terlalu sayang kepada harta.
6-Hubbu Jah-Terlalu
kasih kepada kemewahan dan kebesaran.
7- Hubbud Dunya-Terlalu
kasih kepada dunia.
8-Takabbur-Suka
membesarkan diri dan menghina manusia.
9-”Ujub-Bangga dengan
diri sendiri mengenai kebajikan yang dilakukan.
10- Riyak-Suka
menunjuk-nunjuk amal ibadat atau sesuatu kebaikan bertujuan mendapat pujian
daripada orang lain bukan kerana Allah SWT.
Kitab Taubat Pasport Ke
Syurga. M/S : 56. ( Sedutan daripada Kitab Ihya Ulumuddin
Sunday, 10 July 2016
MARI SEMAI SIFAT TAWADUK DALAM DIRI
SESEORANG individu yang beriman pastinya akan
memahami tentang tugasnya sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi. Setiap
rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya, akan dianggap sebagai amanah yang
perlu digunakan untuk kepentingan menjaga agama dan mentadbir dunia dengan
agama. Anugerah Allah SWT tersebut hanyalah sementara dan tidak akan kekal
selama-lamanya.
Harta yang banyak, pangkat yang tinggi dan rupa
paras yang cantik hanyalah diberikan Allah sebagai ujian kepada manusia. Semua
kenikmatan ini tidak akan dapat menjadi bekal untuk 'membeli' syurga melainkan
sekiranya ia digunakan dengan mengikut landasan yang betul berdasarkan
pertimbangan agama.
Orang yang beriman akan menyedari bahawa harta
yang ada padanya adalah jauh lebih sedikit berbanding dengan harta yang
dimiliki oleh Allah SWT yang menguasai alam semesta ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai
setinggi gunung-ganang. (al-Israa': 37)
Oleh itu, manusia yang beriman pastinya tidak
akan merasa sombong dan bongkak di atas segala kurniaan tersebut. Dia tidak
akan membangga diri, mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mempunyai
kelebihan berbanding orang lain.
Dia tidak akan memandang rendah terhadap orang
miskin dan tidak memandang sepi terhadap orang yang lemah. Bahkan, manusia yang
beriman akan sentiasa bersyukur dan memohon ampun kerana bimbang pangkat dan
harta yang diperoleh itu akan menjadi fitnah kepadanya dan akan menyusahkannya
di akhirat kelak.
Masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Nabi
Muhammad SAW adalah antara golongan yang terlalu ego dan sombong. Mereka
sanggup menolak ajaran Rasulullah SAW walaupun mengetahui kebenaran yang dibawa
oleh Baginda.
Sifat sombong dan ego ini diperangi oleh Nabi
SAW sepanjang hayatnya. Namun, apabila Nabi telah wafat dan masa telah berlalu,
manusia akhirnya kembali balik kepada perangai jahiliah tersebut.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Allah SWT berfirman: Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah
selendangku, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya
nescaya Aku akan menyiksanya. (riwayat Muslim).
Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya
menjadi milik Allah. Oleh itu, Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun
daripada kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat itu melainkan
Dia.
Setiap Muslim hendaklah sentiasa tawaduk
(merendah diri), dan bersikap sederhana. Tawaduk bukannya bermaksud berjalan
dalam keadaan tunduk dan terbongkok-bongkok seperti yang dilakukan oleh orang
yang mengaku soleh dan bertakwa.
Ini adalah kerana Nabi SAW tidak mendidik kita
berbuat sedemikian. Bahkan diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA bahawa Nabi
SAW berjalan seolah-olah seperti meniti jalan menurun. Ini adalah cara berjalan
orang yang penuh dengan semangat dan keberanian.
Sombong pula maksudnya menolak kebenaran dan
menganggap remeh segala yang lain. Orang yang sombong akan berasa dirinya lebih
baik, pintar, kaya dan hebat. Sikap inilah yang wujud dalam diri Firaun, Qarun
dan Abu Jahal yang bersikap angkuh sehingga tidak mahu menerima kebenaran.
Orang yang sombong sebenarnya adalah mereka
yang terpedaya dengan nikmat sementara yang dikurniakan Allah sehingga lupa
kepada nikmat hakiki di akhirat kelak.
Dalam surah Luqman, ayat 18, Allah melarang
kita bersikap sombong sebagaimana firman-Nya: Dan janganlah engkau
memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di
muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong lagi membanggakan diri.
Jaga perilaku
Nabi Muhammad SAW adalah orang yang sentiasa
menjaga perilakunya agar tidak dianggap sombong dan bongkak oleh masyarakat.
Baginda sering meminta pandangan sahabat-sahabat melalui konsep syura sebelum
melaksanakan agenda negara dan umat Islam walaupun Baginda akan mendapat
bimbingan wahyu.
Sebagai contoh, Baginda pernah meminta
pandangan Abu Bakar RA dan Umar RA tentang tawanan perang Badar. Baginda juga
menerima pandangan Salman al-Farisi RA dalam mengatur strategi untuk menghadapi
tentera Ahzab iaitu dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah bagi
menyekat kemaraan tentera musuh.
Nabi SAW juga sering dilihat bergaul mesra
dengan sahabat-sahabat sehingga sukar untuk membezakan Baginda dan
sahabat-sahabat sewaktu mereka bersama. Nah, lihatlah betapa mulianya pekerti
Nabi SAW sehingga sanggup berdamping dengan sahabat-sahabat walaupun Baginda
adalah Rasul yang ulung.
Dengan adanya sifat tawaduk dalam diri
masing-masing, maka akan terpancarlah sahsiah yang sejati dalam diri individu
Muslim itu.
Kesimpulannya, untuk menjadi hamba yang
dikasihi oleh Allah, individu Muslim itu perlulah menjaga hubungannya dengan
individu yang lain. Salah satu (hablumminannas) di samping hubungannya dengan
Allah SWT (hablumminallah).
Cara yang perlu dimainkan oleh setiap individu
Muslim untuk mengutuhkan hubungannya dengan manusia lain adalah dengan
menyemaikan sifat tawaduk dalam diri masing-masing.
KELEBIHAN SIKAP PEMAAF
Orang pemaaf diringankan daripada beban sifat
buruk
MEMPUNYAI hati yang bersih,
tidak menyimpan prasangka yang buruk terhadap saudara seinsan tampak mudah,
tetapi itulah yang seringkali sulit dilakukan.
Mungkin kita mampu beribadah
pada waktu malam tetapi amat sulit menghilangkan walau sedikit sifat hasad,
mengata atau bersangka buruk kepada sesama manusia.
Kita lihat bagaimana
Rasulullah saw bersama para sahabat menerima tamparan hebat daripada kaum
Musyrikin Quraisy.
Umat Islam dibunuh, diseksa
dan ditindas, disekat makanan sehingga golongan tua dan anak-anak kecil
kelaparan. Tangisan dan linangan air mata menjadi basahan umat Islam.
Malah, Rasulullah saw sendiri
dihina, dicela, diludah dan pernah dilontar dengan batu. Baginda juga terpaksa
berhijrah bagi menyelamatkan agama Allah.
Namun, apabila Islam
berkembang dan Baginda kembali ke Makkah sebagai penguasa dan pemimpin, Baginda
tidak mengambil sebarang tindak balas.
Maka tidak hairanlah mereka
yang dahulunya pernah memusuhi Baginda akhirnya satu-persatu memeluk agama
Islam, dan seterusnya menjadi penyokong kuat dan tulang belakang perjuangan
Baginda saw.
Allah berfirman: "Maka
dengan sebab rahmat daripada Allah (yakni kepadamu, wahai Muhammad), kamu telah
bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah kamu bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka,
dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuarahlah dengan mereka dalam
urusan itu. Kemudian, apabila kamu telah berazam (sesudah bermesyuarah), maka
bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepada-Nya." (Ali 'Imran: 159)
Sebagai rumusan, ada dua
pengajaran penting:
Pertama, menjadi seorang yang
pemaaf dan tidak membalas keburukan dengan keburukan.
Seorang Muslim yang bersifat
pemaaf, sebenarnya telah membuang dalam dirinya segala bebanan sifat-sifat
mazmumah atau keburukan seperti hasad, dengki, iri hati, dendam dan lain-lain
lagi.
Maka dengan hilangnya
sifat-sifat buruk tersebut, dirinya akan menjadi ringan dari segala bebanan
tersebut, manakala sifat rohaninya dan cinta untuk membuat kebaikan pula akan
semakin bertambah.
Akhirnya, dia menjadi seorang
insan yang lebih baik, yang seterusnya dikasihi dan dicintai oleh sesiapa
sahaja yang mengenali dirinya.
Kedua, umat yang mengaku
cintakan Nabi ialah mereka yang mencontohi sifat teladan Baginda.
Contohilah akhlak mulia Nabi
secara keseluruhan, iaitu bermula dengan sifat pemaaf dan sikap tidak membalas
keburukan dengan keburukan.
Leraikanlah segala
perselisihan, terutama sesama saudara kita, apatah lagi perselisihan bersama
ibu bapa jika ada.
Sedalam manapun kepedihan
kita, mereka tetap keluarga kita dan ikatan kekeluargaan merupakan sesuatu yang
sangat berharga dan perlu kita raikan bersama.
Semoga kita mencontohi
keperibadian mulia Baginda dan menjadi seorang Muslim yang sentiasa bersikap
pemaaf dan rahmah.
3 WATAK MANUSIA TALAM 2 MUKA
Individu yang bersifat dua wajah sememangnya
dicela agama. Istilah Arab menyebutnya sebagai an-namimah. Orang Melayu sinonim
menyebutnya sebagai talam dua muka. Apapun istilah yang diberikan, yang
dimaksudkan ialah jenis manusia yang jahat akhlak dan perilakunya.
Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu? Jawab sahabat: Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda: Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang ke sana dengan wajah yang lain.” (Riwayat Abu Hurairah).
Bijak berlakon
Imam An-Nawawi berkata, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa.
Individu yang berwatak dua muka ini dilihat menjadi pemecah-belah hubungan antara rakan yang lain. Agak sukar mengesan sifat dan sikapnya kerana mampu melakonkan watak dengan berkesan hingga berjaya mempengaruhi orang lain.
Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini. Pertamanya, manusia yang bermulut manis di bibir tetapi ada racun di hatinya. Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya.
Dia dianggap orang lain mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya berlawanan daripada apa dianggap masyarakat.
Keduanya, manusia perosak masyarakat tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan kesatuan masyarakat. Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan.
Tiada perasaan malu
Ketiganya, manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)
Al-Alqami mengatakan: “Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, kerana dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeza dengan muka yang berbeza pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.”
Tak ikhlas, penting diri sendiri
Orang yang bermuka dua dicela oleh agama kerana sikap buruknya yang membunuh sahsiah sendiri. Mereka ini tidak pernah ikhlas dan sentiasa menyimpan kepentingan diri. Memuji dan mengutuk baginya adalah perkara biasa.
Rasulullah SAW bersabda: “Kalian pasti akan bertemu dengan orang yang paling Allah benci, iaitu mereka yang bermuka-muka. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru, kita diingatkan supaya berhati-hati dengan sikap pihak yang suka bermuka-muka ini. Berhati-hati maksudnya untuk tidak mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Usah terlalu mudah mempercayai setiap perkataan terutama yang berkaitan keburukan orang lain.
Antara sebab jatuhnya kerajaan Melayu Melaka ketika serangan Portugis adalah angkara pemain talam dua muka ini. Mereka menjadi penyokong setia kerajaan Melaka namun pada masa sama menyebelahi Portugis untuk menjatuhkan kerajaan Melaka.
Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

WASPADA AGENDA IBLIS
SEBAGAI seorang Muslim, kita memiliki musuh
yang terbesar. Siapapun kita, apapun mazhab dan aliran pemikiran, kita
berkongsi musuh yang sama. Musuh terbesar setiap Muslim adalah iblis.
Sejak Allah SWT mengusirnya dari Syurga, iblis
telah bersumpah akan terus memusuhi dan memperdaya manusia. Menarik manusia
sebanyak yang boleh ke neraka adalah misi hidup iblis satu-satunya.
Oleh kerana itu, Allah selalu mengingatkan kita
agar berhati-hati dan menjaga diri daripada tipu daya dan bujuk rayu iblis.
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu. Sesungguhnya syaitan-syaitan
itu mengajak pengikutnya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (al-Fatir:
6)
Agenda iblis
Untuk menjaga diri daripada tipu daya iblis,
kita mesti mengetahui strateginya dalam menyesatkan manusia. Kita mesti tahu
apa sebenarnya yang menjadi agenda utama iblis pada saat ini untuk menyesatkan
umat Islam.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebutkan
bahawa syirik bukan lagi agenda terbesar iblis. Setelah pengutusan Rasulullah
SAW kepada umat manusia, agenda tersebut dilihat sudah tidak lagi strategik dan
relevan. Iblis sedar bahawa syirik tidak akan bertahan di hadapan cahaya iman
yang sangat terang.
Iblis lalu beralih ke agendanya yang lebih
realistik iaitu memecahbelahkan umat Islam dan menjadikan setiap Muslim
memusuhi Muslim yang lain.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iblis
telah berputus-asa untuk kembali disembah di Semenanjung Arab. Akan tetapi, ia
terus berusaha untuk mengadu domba mereka. (riwayat Muslim).
Perpecahan
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iblis
meletakkan singgahsananya di atas lautan. Ia lalu mengutus syaitan-syaitan ke
semua penjuru dunia untuk menyesatkan manusia. Mana-mana yang paling banyak
membuat kerosakan, maka dialah yang paling disukai iblis.
Salah satu daripada syaitan-syaitan kembali dan
berkata: Hari ini aku telah melakukan ini dan itu. Iblis berkata: Engkau belum
melakukan apa-apa. Lalu datang syaitan yang lain dan berkata: Aku telah berjaya
memisahkan antara seorang suami dengan isterinya. Iblis memeluknya sambil
berkata: Engkaulah yang terbaik. (riwayat Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa agenda
terbesar iblis adalah memecah belah umat Islam. Perpecahan yang bersifat
individual yang berlaku antara pasangan suami-isteri, mentua-menantu,
abang-adik atau lain sebagainya amat dihargai iblis.
Mana-mana syaitan yang berjaya mencetuskan
perpecahan tersebut akan mendapat pingat penghargaan daripada iblis.
Sudah pasti tidak terbayang kegembiraan iblis
apabila melihat perpecahan itu melibatkan kumpulan yang lebih besar. Apabila
umat Islam saling mengkafirkan, saling memfitnah, saling berburuk sangka,
enggan bertegur sapa, maka pada saat itu iblis tersenyum lebar. Misi
terbesarnya terlaksana seperti mana yang ia inginkan.
Satukan hati
Sebagai Muslim kita mesti waspada dengan
syaitan-syaitan ini. Mereka sangat pandai menipu kita untuk mewujudkan agenda
iblis. Pasukan iblis bukan hanya syaitan-syaitan yang berbentuk halus,
seringkali ia juga berbentuk manusia seperti kita.
Lebih penting daripada itu, berusahalah untuk
menggagalkan agenda iblis ini. Yakni dengan cara merapatkan barisan dan
menyatukan hati demi agama Allah. Jangan biarkan perbezaan pendapat yang
berlaku dimanfaatkan oleh iblis sebagai celah yang akan meretakkan kesatuan
kita.
SOLAT SATU PENAWAR
MENGENAI solat sebagai penawar jasmani dan
rohani jelas dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada
Abu Hurairah RA bermaksud: Rasulullah SAW melihatku sedangkan aku tidur
melingkar kerana sakit perut, lalu Baginda berkata, asykam darda? Aku menjawab,
betul wahai Rasulullah SAW. Baginda berkata: “Bangunlah lalu solat, kerana
solat adalah ubat."
Dalam kajian mengenai solat sebagai ubat atau
penawar bagi perut yang sakit, para ulama mengungkapkan sekurang-kurangnya ada
beberapa alasan.
Pertama, urusan Ilahi yang merupakan ibadat.
Kedua, urusan jiwa iaitu kerana jiwa yang merasa sakit terhibur dengan bersolat
dan berkurangan kesedihannya sebelum timbul kekuatan yang mengatasi rasa sakit.
Perlu diketahui bahawa para tabib yang mahir
zaman dahulu melakukan segala usaha untuk memperkuatkan kekuatan jasmani dan
rohani.
Kadang-kadang mereka menguatkan dengan makanan,
kadang-kadang dengan harapan, kadang-kadang dengan rasa takut, sedangkan solat
menghimpun lebih banyak daripada itu. Di dalamnya menimbulkan kepada seseorang
hamba rasa takut, khuatir, harapan, malu, cinta dan ingat akhirat yang dapat
menguatkan stamina serta melegakan dadanya, lalu dengan itu menjadi tertolaklah
penyakit itu.
Menurut Imam az-Zahabi, solat mempunyai manfaat
semula jadi iaitu seperti olahraga jiwa dan olahraga tubuh. Ini kerana solat
menghimpun antaranya berdiri, rukuk, sujud, ketundukan, perkumpulan, ikhlas, ibadat,
merendahkan diri, menghinakan diri dan lain-lain.
Bersamanya bergerak sendi-sendi badan dan
kebanyakan organ tubuh menjadi lunak, terutama perut dan usus serta bantuannya
yang paling kuat dalam mendorong air seni dan menurunkan makanan dari lambung
(perut).
Selain itu, solat berfungsi sebagai penawar dan
ubat seperti diungkapkan oleh al-Muwafaq Abdul Latif al-Baghdadi dalam kitab
Al-Arabain: “Aku sungguh telah melihat sekumpulan mereka yang mempunyai waktu
luang dan kemewahan yang terjaga kesihatannya lalu mencari sebab manfaatnya
itu, maka aku mendapati mereka banyak solat dan tahajud."
Al-Baghdadi juga menyatakan alangkah
bermanfaatnya sujud untuk penderita keadaan lemah fizikal, alangkah kuatnya
bantuan sujud untuk membuka sumbatan hidung, alangkah kuatnya bantuan sujud
mematangkan air seni dan menurunkan makanan dari lambung serta usus, dan
menggerakkan kotoran yang tertahan di dalamnya serta mengeluarkannya.
Sementara itu, Imam az-Zahabi menyatakan,
kebanyakan yang dapat digembirakan oleh solat itu adalah jiwa dan solat dapat
menghilangkan kesedihan.
Solat juga dapat memadamkan api amarah,
menyebabkan suka kepada kebenaran dan sikap merendah diri kepada sesama
manusia, menghaluskan perasaan hati, menganjurkan memberi maaf dan membenci
terhadap perkara yang buruk dan bersifat dendam.
Imam az-Zahabi menyatakan lagi, banyak perkara
yang bermanfaat didapati dalam solat, iaitu berupa fikiran dan pengaturan yang
tepat, jawapan yang benar, membuat seseorang ingat apa yang telah lupa, lalu ia
berfikir tentang sumber-sumber perkara dan jalan-jalannya serta kemaslahatan
dunia dan akhirat.
Solat juga dapat menjadi saranan muhasabah
diri, terutama waktu solat malam (tahajud dan qiamullail), waktu hening sunyi,
di mana kekuatan alam rohani amat memberi manfaat bagi seseorang.
Ibnu Qayyim Rahimahullah dalam Al-Musnad
berkata, bahawa Nabi SAW apabila bersedih kerana suatu perkara, baginda
melalukan solat. Kerana Allah berfirman bermaksud: Ambillah pertolongan
daripada kesabaran dan solat.
Menurut Ibnu Qayyim, manfaat solat juga membawa
rezeki, menjaga kesihatan, mengusir gangguan, menolak penyakit, memperkuat
hati, menyerikan wajah, menyenangkan jiwa, menghilangkan kemalasan, memotivasi
organ tubuh. Juga meningkatkan stamina, melapangkan dada, menyuntik gizi pada
rohani, menyinari jiwa, memelihara kenikmatan, menghilangkan bencana, membawa
berkat, menjauhkan daripada gangguan syaitan dan mendekatkan diri kepada Allah
SWT.
Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menyimpulkan,
bahawa solat mempunyai pengaruh yang ajaib sekali dalam menjaga dan memelihara
kesihatan jasmani dan rohani seseorang serta dapat mengusir segala bentuk unsur
yang membahayakan.
Apabila dua orang yang sama-sama terkena
musibah atau diserang penyakit, bala dan cubaan, pasti yang melakukan solat
akan merasa lebih ringan dan akibat yang dirasakan juga lebih aman dan selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)